MBBS

MBBS

20100330

Syeikh Nurudin Banjari 10 dan 11 Apr di Seremban


PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN
Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – Asar
Lokasi : Surau ash-Shobirin, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Kitab : Minhaj ath-Tholibin

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : Maghrib
Lokasi : Surau al-Amin, Taman Cempaka, Senawang

Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : Maghrib
Lokasi : Masjid Jamek Ampangan , Seremban

Semua Dijemput Hadir
Datang , Jangan Tak Datang. Rugi Besar Kalau Tak Datang

Masuk Percuma , Keluar Percuma

Maklumat lanjut di http://pondokhabib.wordpress.com/2010/03/30/jadual-penuh-tafaqquh-fiddin-bersama-syeikh-muhammad-nuruddin-marbu-al-banjari-al-makki/


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI.

Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah Thayyib Berasal Dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau Dilahirkan Di Sebuah Desa Bernama Harus, Amuntai, Pada hari Sabtu, Tanggal 1 September 1960 M. Beliau Anak Yang Ketiga Dari Tujuh Bersaudara, Dari Sebuah Keluarga Yang Taat Beragama. Bunda Beliau Bernama Hajjah Rahmah Binti Haji Muhammad Shabri, Adalah Puteri Dari Seorang Tokoh Ulama Besar Di Kalimantan Selatan.


BERHIJRAH KE TANAH SUCI MAKKAH

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidilharam dan juga dirumah para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-’Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani Rahimahullah. Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah Shallallahu’Alaihiwasallam.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak heranlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut saja ulama yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikhul-Ulama, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Thalibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah “bilang saja tanpa perlu khawatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masya Allah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990.


MAJLIS PENGAJIAN Dl MALAYSIA

Pada tahun 1998 beliau telah dipercaya untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang didirikan oleh almarhum Ustaz Niamat Bin Yusuf Rahimahullah pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad ‘Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.

Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mau ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Setelah 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menumbuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein al-Makki al-’Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mencetak kader ulama.


KEISTIMEWAAN SYEIKH NURUDDIN

Antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun silsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadits, maka hadits itu sampai silsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah s.a.w. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai silsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Syafi’i, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain lagi. Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi.

Sumber : http://dayahdarulkhairat.wordpress.com/2009/12/23/biografi-syeikh-nuruddin-al-marbu-al-banjari-al-makki/

20100325

Ceramah Non Muslim 26 Mac Seremban

CERAMAH UMUM 1MALAYSIA
Tajuk : "Kewajiban Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk"
Oleh : Sdr Shah Kirit Kakulal Govindji

Tempat : Masjid Negeri , Seremban
Hari : Jumaat, 26 Mac 2010
Masa : Selepas Maghrib

Semua Dijemput Hadir

Pengenalan penceramah:
Sdr Shah Kirit memeluk Islam pada 1996, selepas itu memecut laju , berdakwah dan memberi faham utk muslim supaya berdakwah. Pernah mendapat latihan di Nigeria dan India di bawah pendakwah tersohor Dr Zakir Naik. Sekarang bergiat melatih pendakwah-pendakwah dalam program Friendly Comparative Religion melalui Islamic Information Services, KL. dan Interfaith dialogues.

Maklumat lanjut hubungi Wahiduddin 0123725283

20100324

Semarak MAULID NABI 26, 28 Mac Seremban

CERAMAH MULTIMEDIA MAULIDURRASUL
Tempat : Masjid Jamek Ampangan , Seremban
Tarikh : 26 Mac 2010 ( Jumaat ) Lepas Maghrib
Penceramah : Dr Jamnul Azhar b Mulkan ( Panelis HALAQAH TV9 )

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Tempat : Masjid Kariah Sikamat
Tarikh : 28 Mac 2010 ( Ahad ) Lepas Maghrib
Penceramah : Ustaz Syuhada' b Mahmud ( KUIS )

20100318

Betul ke Cinta Rasul 20 Mac 2010 Senawang

FORUM PERDANA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Tajuk : Benarkah Kita Menyintai Rasulullah ?
Tarikh : 20 Mac 2010 / Sabtu
Masa : 8 malam / selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com

Ahli Panel :
Ustaz Norazman bin Mohamad , Lobai Kampung http://lobai-kampung.blogspot.com
Ustaz Mohd Sofhan bin Abdul Halim http://madrasahaliyah.blogspot.com
Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Pengerusi : Ustaz Dato Arshad Abd Samad , Imam Besar Masjid Bandar baru Senawang

SEMUA DIJEMPUT HADIR

20100315

Ceramah Us Abd Malek 27 Mac Senawang

Ceramah Sempena Sambutan MaulidurRasul
Tempat : Surau Taman Jasmin Senawang
Tarikh : 27 Mac 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Ust. Abd Malek B. Norakit (Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar)

Semua dijemput hadir

Info lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com

20100311

Ustaz Abdul Ghani 14 Mac 2010 di Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM

Tarikh : 14 Mac 2010 / Ahad

Masa : Selepas solat Maghrib

Penceramah : Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaigu

Tajuk : Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto)

Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau


Semua dijemput hadir


Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

atau di http://madrasahselemak.blogspot.com