MBBS

MBBS

20160226

Jom ke Program MAHABBAH



Jom ke Program MAHABBAH
Di Masjid Taman Marida , Senawang
Tarikh : 12 Mac 2016, Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 10 malam





20160222

Ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani



Ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 24 Feb, Rabu di Surau Al Insaniah, Senawang. Semua dijemput hadir


‘Tak bayar, rumah boleh kena sita’



‘Tak bayar, rumah boleh kena sita’
20 Februari 2016


SEREMBAN - Sudahlah menderita kerana penyakit hipertiroid peringkat kedua dihadapinya, seorang ibu tunggal semakin tertekan apabila tidak mampu membayar sewa rumah tertunggak sejak enam bulan lalu.

Siti Fatimah Mohd Yusof, 28, yang tinggal di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang, Taman Jasmin, di sini, tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 kerana sudah lama tidak bekerja.

Akibat kegagalan dia menjelaskan tunggakan itu, katanya, rumah disewa itu akan disita sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh sebulan lagi.

Bagaimanapun, katanya, sejak disahkan mengalami penyakit hipertiroid pada tahun lalu, emosinya kurang stabil sehingga menyebabkan dia sukar untuk keluar bekerja, selain memikirkan urusan persekolahan anak perempuannya, Noorsafiya Raila Mohd Aris, berusia 11 tahun.

“Dulu saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan, tetapi tak kekal lama sebab sakit yang saya alami itu membuatkan emosi saya selalu terganggu. Kadang kala denyutan jantung saya berdegup laju, membuatkan saya menjadi bimbang dan tak dapat kawal emosi, selain terlalu memikirkan urusan harian dan persekolahan anak.

“Tetapi sekarang bila sudah tidak bekerja, banyak benda yang tertunggak, termasuklah bil air dan elektrik," katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Siti Fatimah berkata, kerana mahu berjimat, dia terpaksa menyekat pembelian keperluan hariannya dengan membeli barangan penting saja, selain banyak dibantu ahli keluarga yang simpati dengan nasibnya dua beranak.

Sementara itu, nasib Siti Fatimah mendapat perhatian Persatuan Pembangunan Masyarakat Malaysia (PPMM) yang mengadakan lawatan ke rumah keluarga terbabit.

Pengerusi PPMM, Mohd Aryan Khailash Arumugam berkata, pihaknya dimaklumkan setiap empat bulan sekali, Baitulmal akan memberi bantuan keperluan dapur kepada keluarga berkenaan.

“Kita juga telah berbincang dengan pihak sekolah agar memberi bantuan makanan percuma kepada Noorsafiya, melalui program Rancangan Makanan Tambah (RMT) untuk pelajar miskin.

“Selain itu juga, guru kelas Noorsafiya sendiri akan mengeluarkan perbelanjaan bayaran pengangkutan bagi membantunya ke sekolah kerana sebelum ini dia terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer setiap hari," katanya.

20160216

KISAH BENAR – Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Pelarian Syria



KISAH BENAR – Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Pelarian Syria
Perkongsian oleh Dr. Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan Muslim Care
Tarikh : 25 Februari 2016, Khamis
Masa : 8 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Semua dijemput hadir


20160201

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Tentatif Program

JUMAAT (19/02/2016)
3:15 ptg : Khatam 30 Juzu’, 30 Peserta ( Pelajar Tahfiz ) :
5:00  ptg : Kuliah Asar - Ustazah Isfadiah, Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu ( UIAM ) Tajuk: ‘’Peranan Wanita Dalam Perjuangan Islam’’
7:30 mlm : Solat Maghrib, Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil
8:45 mlm : Solat Isyak
9:00 mlm : Perasmian Program Maulidur Rasul 1437 H
9:30 mlm : Qasidah- Kumpulan Muhibbin
Forum - Tajuk:’’ Cinta Nabi Rahmat Buat Umat’’
Us Ahmad Dusuki Bin Abd Rani
Us Zul Ramly Mohamed Razali
Abdul Fattah Bin Ridzwan ( Moderator )
11:00 mlm :   Bersurai

SABTU (20/02/2016)
4:30 pagi : Qiamullail - Imam Muda Khidir  Bin Zulkifli
6:00 pagi : Solat & Kuliah Subuh, Ust. Zaidi Ramly, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) . Tajuk :’’Pemuda dambaan Syurga’’
8:30 pagi : Kuliah Dhuha 1, Ustaz Muhd Asyraf Mohd Rizuan ( Imam Muda Musim 1 ) Tajuk:’’Menghayati perjuangan Rasulullah’’
10:30 pagi : Kuliah Dhuha 2, Ust. Elyas Ismail ( Personaliti TV3, TV Hijrah ), Tajuk: ‘’Hati kita milik Ilahi’’
- Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Percuma
2:30 ptg : PU Azman Syah, Slot Motivasi –Meneladani Akhlak Nabi S.A.W
3.30 ptg : Hafiz Cilik/ Penceramah Cilik
5:00 ptg : Acara  Memanah/Pertandingan mewarna
6:00 ptg : Penyampaian Hadiah Mewarna     
7:30 mlm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib, Dr Ust Yusry ( Bahagian Rundingcara Akidah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan ), Tajuk: ‘’ Warisan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman’’
8:45 mlm : Solat Isyak
9:00 mlm : Kuliah Perdana Isyak & Qasidah
- Syeikh Mohd Zainol Asri ( Pengerusi Mujamma’ Darul Hadis )
- Habib Najmuddin ( Pendakwah Bebas )
- Qasidah - Kumpulan Mujamma Darul Hadis
11.00 mlm : Bersurai