MBBS
20130712
20130619
20130610
Program Seminar Syoknya Puasa
Jom sertai, sempena Ramadhan tiba. Seminar
Syok Puasa bakal menemui anda.
Di Masjid Sikamat, Seremban pada 6 Julai
13(Sabtu) dan di Masjid Bandar Baru Senawang pada 7 Julai 13 (Ahad).
Untuk Remaja Lelaki dan Perempuan berumur 10-17
tahun.
Hanya RM15 seorang, Terhad 100 sahaja.
Daftar Segera.
20130521
20130326
Jom Gegar Senawang dengan Selawat dan Qasidah
MALAM CINTA RASUL
Tarikh : 29 Mac 2013, Jumaat
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang
Bersama tetamu istimewa :
Ustaz Khusairi Hamthan – Pendakwah N9 / Vokalis Utama
Kumpulan Burdah Al-Ulah Siaran Cinta Ilmu TV Hijrah / Pentazkirah Radio Negeri
FM / Anak murid Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari
Turut diadakan : Pertandingan dan Persembahan Nasyid Pelajar
Sekolah
Semua dijemput hadir
20130225
Ceramah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri 27 Feb 2013
CERAMAH SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL
Oleh : Ustaz Dr.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tarikh : 27 Feb
2013, Rabu
Masa : Selepas
Maghrib
Tempat : Masjid
Bandar Baru Senawang
Semua dijemput hadir
Biodata Dr.Zulkifli
Mohamad Al-Bakri
Anak jati kelahiran
Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada
Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk
belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana
(Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti
Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad
Abdul Latif Farfur dan lain-lain.
Seterusnya
menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti
Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan
menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau
turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM,
Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank
Muamalat.
Beliau juga telah
dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi
peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M.
Dr. Zulkifli Bin
Mohamad
TEMPAT LAHIR : Gong
Pauh, Kemaman, Terengganu.
PENDIDIKAN
Sarjana Muda
Syariah,Universiti Islam Madinah, Arab Saudi 1989-1993
Sarjana Syariah
Universiti Ilmu-ilmu Islam Dan Arab, Syiria: 1994-1997
Doktor Falsafah
(Ph.D), USM, Pulau Pinang, Malaysia: 2002-2004.
BIDANG KEPAKARAN
Fiqh Dan Usulii.
JAWATAN:
Pensyarah Kanan
Kolej Uniti, Port Dickson: 1997 ± 2006.
Jawatan Sekarang :
Karyawan Tamu USIM
Panel Penasihat
Syariah Tabung Haji
AJK Fatwa Negeri
Sembilan dan Negeri Terengganu
Panel Kajian Aqidah
JAKIM
Penulis dan
Pendakwah
20121208
Kuliah Tafaqquh bersama Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
Setiap Hari Khamis (malam) , Minggu 1,
2, 3
Kitab Tafsir Al-Jalalain & Kitab
Sirah: Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
Di Masjid Bandar Baru Senawang, Surau
Al Ansar Taman Coral Heights Sikamat dan Imtiyyaz Tarbiyyah Centre
Taman Kayu Manis Seremban
20121121
20121115
Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang
CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk :
Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof.
Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana
(Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Sempena Sambutan
Awal Muharram dan Hari Asyura
Semua dijemput hadir
PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah
Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com
Amalan Yang
Disunatkan Pada 10 Muharram
Selain daripada
melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan
dan menggembirakan hati kaum keluarga.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura,
Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Berpuasa serta menyenangkan
hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari
‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya
begitu sahaja.
20121014
Rayuan Sumbangan KAFA Taman Alamanda
Adalah dimaklumkan KAFA (Kelas Al Quran
dan Fardu Ain) Taman Alamanda, Senawang mula beroperasi pada 8 Jan
2007. Dengan pengambilan pelajar setiap tahun KAFA Taman Alamanda
memerlukan bantuan untuk mengganti beberapa peralatan kelas serta
pejabat yang telah lama dan usang.
Antara peralatan yang diperlukan ialah
:
- 2 set komputer (baru atau terpakai
yang masih elok)
- 2 unit pencetak (printer) beserta
dakwat
- 20 rim kertas A4
- 40 batang white board marker
- Peralatan pengajaran dan pembelajaran
Kepada mereka yang ingin menyumbang
samada dalam bentuk kewangan atau peralatan sila hubungi Guru Besar
KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 019-3465659 ,
012-9433839.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
cek atau deposit atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank
(Senawang), No Akaun : 555126502286.
Sebarang bantuan daripada mereka yang
sudi menyumbang adalah amat diharapkan dan dihargai.
Bahan sumbangan boleh juga dihantar
terus ke :
KAFA Taman Alamanda
No 3A/4A & 4B,
Jalan Alamanda 1,
Taman Alamanda, Senawang
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Laman web :
http://kafa-alamanda.blogspot.com
20120913
DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.
Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012
Tempat : Madrasah
Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau selama 9 hari - untuk Sahih Muslim
kemudiannya disambung di Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah,
Tampin selama 11 hari lagi untuk pembacaan kitab Sunan Tarmizi
Daurah akan berlangsung selama 20 hari.
Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan
disampaikan oleh al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)
Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk
menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian
adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi
Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.
Biodata Sheikh Samir al Nash.
Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al
Haafidz al Jaami' lilqiraat, al Mutqiin
,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.
Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.
Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh
al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa
beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu
Sheikh Ahmad alHaruni.
Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif
al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak
besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.
Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:
Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran
diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam
kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal
dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan
penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan
al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik
beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau
mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir
bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit ,
seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu
juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah
di Luar negara, antaranya di England
, Amerika dan Indonesia.
Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil
quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.
Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih
kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap
hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.
20120810
20120731
20120708
Program Remaja 3R 15 Julai 2012 di Masjid Senawang
PROGRAM 3R – Remaja Rai Ramadhan 1433
H
Tarikh : 15 Julai 2012, Ahad
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Terbuka kepada remaja berumur 14 ke 17
tahun
Istimewa bersama Imam Muda Aran
Untuk penyertaan atau pertanyaan sila
hubungi Muhammad Afif - 0133582870 , Nurul Asyikin binti Abdullah -
0139573626
Maklumat lanjut di
www.facebook.com/ikram.sembilan
20120626
ALC SENAWANG
ALC SENAWANG - Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi
1) Kelas Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Kanak-Kanak) -
Selasa/Jumaat - 8.00-10.00 malam
2) Kelab Tajwid Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) - Selasa -
8.00-10.00 malam
3) Kelab Tamhid/Asas Al-Baghdadi (Dewasa & Remaja) -
Selasa - 8.30 malam
4) Kelas Hafazan Al-Quran Teknik Al-Huffaz - Jumaat - 8.00
malam
5) Kelas Bahasa Arab - Rabu - 8.30 malam
Tempat: No. 53-1, Jalan Komersil 7, Taman Komersil Senawang, 70450
Seremban, N. Sembilan
Hubungi ALC Senawang Care-Line 019-2125301/013-3439350
ALAMAT URUSAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTER SENAWANG (ALC
Senawang)
No. 53-1, Jalan Taman Komersil Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, N. Sembilan.
(Dataran Taipan Senawang - Berhampiran Giant Senawang - Atas
Kedai RM 2)
Hubungi : albaghdadisenawang@gmail.com
Maklumat lanjut di http://albaghdadisenawang.blogspot.com
20120613
Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :
1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan
Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang
bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.
2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab
583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera
Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin
al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi
mulia dan seorang yang beramal soleh.
20120606
Seminar Keluarga Muslim 1 Julai 2012 di Seremban
SEMINAR KELUARGA MUSLIM 2012
Tarikh : 1 Julai 2012, Ahad
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Panelis Seminar :
1) Dato' Haji Mohd Yusof b. Hj Ahmad (Mufti N.Sembilan)
2) Dr.Zulkifli Mohd Al-Bakri (Penceramah IKIM.FM, penulis,
penceramah bebas)
3) Us.Pahrol b. Mohd Juoi (Penceramah Motivasi, Penulis
Terkenal)
4) Ust.Isfadiah b. Mohd Dasuki (Pensyarah UIA, Juri
Rancangan Solehah TV9)
5) En.Shamsudin Kadir ( Perunding Motivasi & Pakar
Kewangan)
6) Ust.Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah USIM & Pakar
kewangan)
7) En.Zuhairi Nopiah - Ateh Zuhairi ( Perunding Motivasi
LUA)
8) Us. Khusyairi b. Hamdan ( Penceramah Radio N9, penceramah
bebas)
9) Us.Khazri b. Othman ( Pensyarah UKM dan Penceramah bebas)
10) Ust.Siti Khadijah bt Abd Ghaffar ( Guru dan Pengamal
Teknik Mendorong Cara Nabi)
Sasaran Peserta :
1) Mereka yang sudah berumah tangga
2) Mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa
terdekat
3) Mahasiswa-mahasiswi di universiti / kolej
Yuran Program
1) RM 100 yuran asal
2) RM 50 jika mendaftar awal sebelum 26 Jun 2012
3) RM 90 jika mendaftar berpasangan
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
1) Ust.Hawa ( 019-3714035) atau
2) Ust.Aina (010-2414233)
Maklumat lanjut di http://alfaliheen.blogspot.com/2012/06/seminar-keluarga-muslim-2012.html
Anjuran :
1) Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)
2)Akademi Latihan Al-Fateh (A.L.A.F)
3)Nisa' Motivation Centre
Apakah yang akan dipelajari?
Kategori Komunikasi Suami Isteri
1) Teknik Komunikasi Suami Isteri Mengikut Panduan Quran
& Hadis
2) Teknik Mengurut Ego Pasangan & Mentua/ Bakal Mentua
3) Teknik Mempengaruhi Pasangan Kaedah NLP
Kategori Kewangan
1) Teknik Menjadi Kaya Dengan Makan Gaji
2) Teknik Memilih Pinjaman Peribadi, Kenderaan dan Perumahan
Kategori Pendidikan Anak-Anak
1) Teknik Mendidik Anak di Awal Usia 1-7 tahun Mengikut
Panduan Al-Quran & Hadith
2) Teknik Mendorong Anak Corot Mengikut Kaedah Nabi
3) Ibu Bapa Derhaka?
20120530
Mohon Sumbangan Bina Bilik Mandi Jenazah
Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin
PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24
blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012
jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk
kanak-kanak.
PPR Senawang mempunyai 2 buah surau yang dibina di tingkat
bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan penduduk di 12 buah blok, yang
dianggarkan sejumlah 2000 orang yang beragama Islam.
Kedua-dua buah surau di PPR Senawang ini tidak mempunyai
bilik pengurusan serta mandi jenazah.
Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter panjang dan 10 meter
lebar.
Kawasan lapang tepi surau yang berkeluasan 5 meter X 5.3
meter adalah amat sesuai didirikan bilik mandi jenazah tersebut.
Anggaran kos pembinaan bilik mandi jenzah ini adalah sekitar
RM 15,000.00
Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK Surau untuk mengutip
sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa sumber lain untuk membina bilik
mandi jenazah ini , namun ianya masih belum mencukupi.
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan bilik
pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang
boleh disalurkan melalui akaun berikut ;
Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)
atau boleh juga menghubungi Pengerusi Surau PPR Senawang
Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508
juga boleh dialamatkan ke :
Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang, 70450
Seremban, N.Sembilan
No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan :
PANS 196(09) 753-1/73
20120506
JADUAL CERAMAH DAN KULIAH MASJID BANDAR BARU SENAWANG
Setiap Isnin : Kuliah Maghrib – Us
Soffhan Halim ; Topik : Aqidah
Setiap Selasa : Kuliah Maghrib – Us
Nor Azman Hj Mohamad ; Topik : Tafsir Al Quran
Setiap Rabu : Kuliah Maghrib – Us Hj
Arshad Abd Samad ; Topik : Feqah
Setiap Khamis : Selepas Maghrib –
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
Setiap Jumaat : Kuliah Maghrib – Us
Azahari Talib ; Topik : Fiqh Aulawiyat
Setiap Sabtu : Kuliah Subuh - Us Hj
Arshad Abd Samad ; Topik : Hadith
Setiap Sabtu : Selepas Asar – Kuliah
Fardu Ain Wanita ; Ustazah Rozimah Mohd Idris , Ustazah Hamidah
Latahang
Setiap Sabtu Minggu 1 & 3 : Kuliah
Maghrib – Us Khusairi Hamthan ; Topik : Fiqh As Sirah
Setiap Sabtu Minggu 2 & 4 : Kuliah
Maghrib – Us Ayub Baharudin ; Topik : Keutamaan Harakah Islam
Setiap Ahad : Kuliah Subuh – Us Hj
Abd Rahim Yusuf ; Topik : Tafsir Al Quran
Setiap Ahad : Selepas Maghrib – Us Hj
Shamsuddin ; Topik : Tajwid Al Quran
20120504
Seminar Penghayatan Quran 10 Mei 2012 Seremban
SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
Tema : "Penghayatan Al-Quran Memperkukuh Legasi
Sunnah"
Tarikh : 10 Mei 2012 , Khamis
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Panelis Forum :
1. Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
2. Ustaz Muhd Asyraf Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)
3. Ustazah Nor Hafizah Musa (Panelis Tanyalah Ustazah)
Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir
Langgan:
Catatan (Atom)



















