MBBS

MBBS

20150216

PERTANDINGAN MEMANAH



PERTANDINGAN MEMANAH
Tarikh : 28-Feb-2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi ~ 6.00 petang
Tempat : Perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang
Penyertaan : Terhad 50 peserta sahaja
Umur   : 20 tahun ~ 45 tahun
Yuran : RM 20

Untuk pendaftaran sila hubungi : 0102322857 , 013-6369726 , 016-6669703
Sila daftar selewatnya pada 27-Feb-2015.

Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan untuk peserta.

Pemenang akan menerima hadiah   wang tunai seperti berikut
Pertama ~ RM 300
Kedua ~ RM 200
Ketiga ~ RM 100
Hadiah Saguhati bernilai RM 20 akan diberi kepada 20 orang peserta berdasarkan jumlah markah yang dikumpul.

Anjuran : Biro Belia Masjid Bandar Baru Senawang



20150130

Mereka yang tidak solat Jumaat pada 30 Jan 2015



Gambar-gambar ini diambil pada 30 Jan 2015 oleh isteri salah seorang AJK Masjid Bandar Baru Senawang ketika jemaah lain sedang solat Jumaat.

Sekiranya mereka ini anak-anak tuan , sila nasihati mereka agar tidak membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah dan solat jemaah bersama.







20141208

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH LELAKI



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH LELAKI
Tarikh : 20 Dis 2014, Sabtu
Masa : 8 pg - 1 ptg
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Terhad 50 peserta sahaja
Yuran RM10
Sila daftar sebelum 18 Dis 2014
Hubungi Sdr Khairil 016-6669703
Anjuran : Biro Belia MBBS

20141112

Pencuri duit masjid dipenjara tiga bulan




SHAH ALAM – Gara-gara mencuri wang tabung sebuah masjid, seorang jurudawai elektrik dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Ellyana Razali memerintahkan demikian selepas Mohammad Ridzuan Daud , 38, mengaku bersalah mencuri wang tunai RM55 di dalam sebuah tabung di Masjid al-Bakri, Bukit Naga, Seksyen 32 di sini pada pukul 11 malam, 17 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan, tertuduh yang cuba melindungi identiti dengan memakai topeng mulut telah dikesan memasuki masjid berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Mohammad Ridzuan yang menetap di Pangsapuri Limau Indah, Seksyen 32 di sini kemudiannya dilihat memasukkan sebatang besi nipis yang ditampal dengan pita pelekat ke dalam tabung masjid bagi mengambil duit di dalamnya.

20141110

Desak tidak jual arak secara terbuka




10 Nov 2014 - Berang dengan kedegilan sebuah pasar raya yang enggan memenuhi permintaan mereka, lebih 100 penduduk Salak Tinggi berhimpun di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Taman Salak Baiduri di sini petang kelmarin mendesak agar premis itu tidak menjual arak secara terbuka.

Pasar raya yang baru beroperasi beberapa tahun itu didakwa masih menjual arak walaupun banyak kali bantahan telah dibuat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Salak Baiduri, Hishamuddin Hanafiah berkata, penduduk membantah penjualan arak secara terbuka itu memandangkan hampir 100 peratus daripada kira-kira 10,000 penduduk di kawasan itu beragama Islam.

“Kami bukan meminta mereka menutup perniagaan, sebaliknya mahu mereka jangan menjual arak dan hormat sensitiviti masyarakat Islam di sini.

“Kami bimbang penjualan arak secara berterusan di tempat kami lambat laun akan mengundang gejala sosial dan jenayah di kawasan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.