MBBS

MBBS

20120428

Forum Perdana 1 Mei 2012 di Masjid Senawang


FORUM PERDANA
Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tajuk : Solat Mencegah Kemungkaran dan Kekejian. Di manakah Kita?

Ahli Panel :
Ustaz Zamri Zainal Abidin (mantan pengacara Radio IKIM FM)
Ustaz Khusairi Hamthan (pentazkirah Radio Malaysia Negeri FM)

Moderator : Ustaz Danial Farhan Dolmat

Semua dijemput hadir


20120317

LAW KANA BAINANA Abdul Rahman Muhamad



LAW KANA BAINANA Abdul Rahman Muhamad

Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontonilah di TV Al-Hijrah.

http://www.youtube.com/watch?v=I2Fms3Y6Eqs&feature=related

Puisi Intro

----------

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,

Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,

Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,

Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.


Kami mohon pada-Mu...

Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,

Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Start

-----

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,

Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah

dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,

rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum

Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,

Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,

Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,

Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas,

Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,

Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,

Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.


Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,

Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,

Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,

Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....


Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad

Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja

Dirimu memiliki kelebihan yang diakui

Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

http://www.youtube.com/watch?v=XvQ4uNRNTm0

20120218

Ustaz Dzulkarnain Hamzah 21 Feb 2012 di Seremban


CERAMAH MAULIDURRASUL

Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Pengacara Astro Oasis)

Tarikh : 21 Feb 2012/ Selasa

Masa : Selepas solat Maghrib

Tempat : Surau Al Hamim, Taman Satria, Senawang

Semua dijemput hadir

20120207

Al Habib Ali Zaenal Abidin di Seremban 12 Feb 2012



CERAMAH MAULIDURRASUL
Bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
Tarikh : 12 Feb 2012 , AHAD
Masa : 7 mlm
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Program bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid di iKiM.fm akan keudara setiap Sabtu, 9.15pm. Siaran Ulangan adalah pada hari Ahad pukul 6.00am

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid akan membahaskan kitab Fiqh al-Sirah hasil penulisan Sheikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.

Untuk streaming melalui internet, sila ke laman web iKiM.fm di link berikut:-
http://www.ikimfm.my/ikimfm atau http://tunein.com/radio/IKIM-FM-915-s2456/

Biodata Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid http://www.darulmurtadza.com/

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL HAMID

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.

Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri

Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.

Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.

Latar belakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

20120126

Tawaran Diploma Pengubatan Islam di Senawang



PENGAJIAN DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang
Waktu : Hari Isnin (Setiap Minggu Pertama & Ketiga)
Masa : Selepas Solat Isyak (9.30 mlm)

Pendaftaran : 6 Februari 2012 (Hari Isnin) , Jam 9.00 mlm

Penyertaan adalah terhad. Bagi yang berminat sila hubungi segera talian dibawah ini:
1. Tuan Hj. Syarifuddin Salem Al-Ansari: 013-2045467
2. Saudara Azmi Al-Ansari: 012-6833740

Maklumat lanjut di http://darulansarmalaysia.blogspot.com/

20120109

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 15 Jan 2012 di Senawang


KULIAH MAGHRIB PERDANA

Oleh Ustaz Azhar Idrus

Ahad 15 JAN 2012

Di Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

20111229

Forum Perdana 31 Dis 2011 di Dataran Senawang



FORUM PERDANA
Tarikh : 31 Dis 2011 , Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Senawang
Bersama :
Tn Hj Shamsuri Abdullah (IKRAM N9)
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman (Presiden ISMA)
Ustaz Nor Azamir Alias (Timbalan Mufti N9)
Ustazah Razidah Adam (Wanita ISMA N9)

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Sumber : http://www.isman9.com/2011/12/presiden-isma-akan-tampil-dalam-forum-perdana-sempena-malam-tahun-baru-2012/

20111226

Kuliah Ust Norazman Mohamad 1 Jan 2012 di Senawang



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Norazman Mohamad
Tarikh : 1 Jan 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Insaniah, Taman Bandar Senawang, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20111221

Program Jom Lepak d Masjid 28 ke 30 Dis 2011 Senawang


PROGRAM JOM LEPAK
Tarikh : 28 ke 30 Dis 2011 (Rabu-Jumaat)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Peserta : Remaja lelaki 12 - 19 tahun
Yuran : RM60

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Arif 019-6746628

Antara Acara Menarik :
Lepak Jiwa Tenang
Tanyalah Ustaz
Rahsia Percaya, Berjaya dan Bergaya
Larian Kembara Mukmin
Dan banyak lagi ….

Maklumat mengenai Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/


20111216

CERAMAH MOTIVASI UMUM



CERAMAH MOTIVASI UMUM
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 9 Mlm
Tempat : Dataran Senawang
Oleh Pakar Motivasi Ustaz Dr Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon

Semua Dijemput Hadir

20111206

Ceramah Tn Guru Nik Razi Nik Mat 18 Dis 2011 Senawang


CERAMAH AGAMA
Oleh Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat - Maahad Tahfiz Kelantan
Ahad, 18 Disember 2011
Jam 7.30 mlm
Di Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang
Semua dijemput hadir


Program Huffaz Cilik Dis 2011 sekitar Seremban


PROGRAM HUFFAZ CILIK 2011
12 - 17 Dis di Masjid Kariah Taman Panchor Jaya
12 - 17 Dis di Masjid Nurul Hidayah, Seremban Jaya
15 - 19 Dis di Rembau
19 - 23 Dis Surau Taman Desa Melor, Senawang

Untuk anak-anak 9 ke 12 tahun
Yuran RM25

Aktiviti :
- Hafazan Ayat Lazim
- Hafazab Surah Pilihan
- Solat Sunat Dhuha
- Pengisian Minda
- Tayangan Multimedia
- Kisah Para Sahabat dan Tokoh Islam

Anjuran : Nadi Al-Azim atau Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM)

Untuk penyertaan atau pertanyaan sila hubungi wakil ISMA di bawah ini :
Panchor - Hjh Akhma 019-6670208 , Dr Zaiton 019-2748780
Seremban Jaya - Ust Tajul 013-2024843 , Ustazah Murni 019-6267875
Rembau - Ust Zanuri 013-6495697 , Pn Suhayati 019-2871215
Senawang - Dr. Naziah 012-2377674 , Pn. Shimah 019-3085954

Sumber : http://www.isman9.com/2011/12/hebahan-program-huffaz-cilik-2011/


20111122

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2012



PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2012
KAFA Taman Alamanda , Senawang
Kini dibuka hingga hujung Januari 2012

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :
Ustazah Siti Nawani 012-9433839 , 019-3465659
Ustazah Fatimah 019-8540300

Alamat :
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , N.Sembilan
Laman web http://kafa-alamanda.blogspot.com/

KEISTIMEWAAN KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain)
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah

20111121

Bengkel atasi Marah 24 Nov 2011 di Seremban



SEREMBAN 20 Nov. 2011 - Pusat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan bengkel pengurusan marah dan tekanan di Dewan Kuliah, Majlis Negeri di sini, 24 November ini.

Jurucakap pusat itu berkata, bengkel sehari itu antara lain akan membincangkan cara untuk mengenali simptom tekanan, kesan marah, kemahiran menyelesaikan masalah dan strategi menguruskan marah dan tekanan mengikut perspektif Islam.

Bengkel terhad untuk 50 peserta dan tarikh tutup penyertaan 23 November.

Yuran penyertaan RM40 seorang dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi 06-7679905/4. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

20111014

Somalia di Senawang 20 Okt 2011 ini, Jom ke sana



RAYUAN KRISIS SOMALIA
Tarikh : 20 Okt 2011 (Khamis)
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Bersama Hj Zairulshahfudin Zainal Abidin – Pengarah Islamic Relief Malaysia

Semua dijemput hadir

Anjuran : Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang dan Islamic Relief Malaysia (IRM)

20110808

Remaja Rai Ramadan 13 dan 14 Ogos 2011 Senawang

PROGRAM 3R (Remaja Raikan Ramadhan)
dan Majlis Berbuka Puasa

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Tarikh : 13 dan 14 Ogos 2011
Masa : 9 pg (Sabtu) – 7.30 pg (Ahad)
Peserta : Remaja (10-17 tahun)
Yuran : Percuma (sumbangan dialu-alukan)

Anjuran bersama : Surau OS, IKRAM N.Sembilan dan Masjid Bandar Baru Senawang

ANTARA YANG MENARIK !
Solat Dhuha
Talk : Remaja Fuyoo!!!
Qailullah & Zohor & Tadabbur
Bubur lambuk(BL) 3R
Khidmat Masyarakat
Zikir Munajat Iftar, Maghrib, Isya',Tarawikh
Kembara basikal malam
Teens Sharing and Caring
Tadarrus & Tadabbur
Gelombang Theta
QiamullailSahur, Subuh, Kuliah Subuh, Mathurat,

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Mohd Misri (019-2250895)
Datin Hjh Norasmah (013-2512228)
Suriyati (019-3927764)
Nizwan (017-6829721)
Shahidan (013-5012727)
Suhana (012-3484128)
Che’gu Khalid (019-3588795)
Zailan (016-8368872)


Kuliah Us Norazman Mohamad 20 Ogos 2011 Senawang



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Norazman Mohamad , Pendakwah Bebas
Tarikh : 20 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com/

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20110805

Tawaran kita Bersama Saudara di Palestin Ramadan ini

MISI RAMADHAN DI PALESTIN
Aqsa Syarif adalah merupakan sebuah pertubuhan peneraju hal-ehwal Palestin di Malaysia akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 20-28 Ogos 2011 ini.

Misi ini dinamakan Aqsa2Gaza2 (A2G2).

Tiga matlamat misi kali ini adalah:
- Pembiyaan keluarga miskin dan anak yatim
- Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM100 satu beg.
- Penerusan projek yg dikenalpasti; kilang roti, ternak lembu, iftar,
- Rose2rose, dari wanita utk wanita, iaitu penubuhan pusat komuniti utk pembangunan wanita.
- Tabung micro-credit utk usahawan sana.

Untuk sumbangan sila salurkan ke Aqsa Syarif Berhad, akaun Maybank 5515 7500 4299 dan e-mel account@aqsasyarif.com bila telah bank ini untuk direkodkan.

Untuk maklumat lanjut :
- Web www.aqsasyarif.org.my
- Blog A2G2 http://aqsa2gaza2.blogspot.com
- Facebook: aqsa syarif berhad

Aqsa Syarif
18-2, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah, 4300 Kajang, Selangor
Tel : 03-87334636 , Fax : 03-87349636


20110720

Pelancaran Tabung Palestin 24 Julai 2011 Senawang



PELANCARAN TABUNG RAMADAN PALESTIN
Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Bersama : Dr. Hafidzi Mohd Noor

Aturcara :
7.30 pm - Solat Maghrib
8.00 pm - Ucapan Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif NS
8.15 pm - Tazkirah Ramadan dan Palestin & Pelancaran Tabung oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Bhd
9.15 pm - Solat Isyak
9.30 pm - Jamuan Ringan

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Blog berkaitan :
Aqsa Syarif Berhad http://www.aqsasyarif.org.my/
Dr. Hafidzi Mohd Noor http://lambaian-islah.blogspot.com/
Aqsa Syarif N.Sembilan http://aqsasyarifn9.blogspot.com/
Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com/

20110629

Ceramah Ust Zaidi Ramli 2 Jul 2011 Senawang



CERAMAH SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 2 Julai 2011, SABTU
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli (bekas Timbalan Mufti, N.Sembilan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)

Semua dijemput hadir