MBBS

MBBS

20151020

Kursus Percuma untuk yang kurang berkemampuan tapi amat berminat

Kepada mereka yang amat berminat untuk hadir program ini tetapi kurang berkemampuan dan perlukan penajaan sila daftar dengan pihak urusetia sebelum 24 Oktober 2015. Penajaan terhad kepada 10 orang peserta sahaja yang tidak berkemampuan dan yang daftar awal.

Kepada mereka yang ingin menaja peserta yang kurang berkemampuan ini sila hubungi 0122267406 (Rozmal)



20150522

FORUM SEMASA, Isu Pelarian Rohingya: Apa Kesudahannya?



FORUM SEMASA, Isu Pelarian Rohingya: Apa Kesudahannya?

Tarikh: 23 hbMei, Sabtu
Masa: 8.00 mlm (Lepas Maghrib)
Tempat: Masjid Bandar Baru Senawang

Panel:
1. Dr Hafidzi Md Noor
2. Fathi Saiful Bahrin, Ahli Parlimen Belia N9

Anjuran: Wacana Anak Muda N9, dengan Kerjasama MAPIM N9 & KOMNAS


20150508

Seminar Pemantapan Ibadah : Agar Solatmu Diterima


Seminar Pemantapan Ibadah : Agar Solatmu Diterima
📅 17 Mei 2015 [Ahad]
⌚ 8 pagi hingga 4 petang
Masjid Bandar Baru Senawang

Tiada Yuran
Masuk Percuma


Pengisian
8.00 pagi Pendaftaran
8.30 pagi Tadabbur Rukun Qauli ( Ustaz Muhsin Ahmad )
10.00 pagi Agar SolatMu Diterima ( SS Dato Dr Zulkifli Albakri )
11.30 pagi Amali Rukun Fi'li ( Ustaz Danial Farhan )
1.00 petang Makan Tengahari/Solat
2.00 petang Forum : Rukhsah Solat dan Permasalahan Solat
Panel :
1.Dr Yusri Mazlan
2.Dr Syuhadak Mahmud
4.00 petang Penutup

Mohon sebarkan dan jemput hadir semua !

20150420

Program Mengenali Minat Kerjaya Diri



Bagi membantu anak-anak kita mengenal pasti bidang kursus yang hendak diambil selepas menamatkan persekolahan mereka dan seterusnya bidang kerjaya yang hendak diceburi, Biro Pemuda Masjid Bandar Baru Senawang akan menganjurkan :

"Program Mengenali Minat Kerjaya Diri"

Pada Hari Sabtu 25 April 2015
Jam 9.00 - 10.30 pagi
Bertempat di Bilik Kuliah Masjid Bandar Baru Senawang.

Yuran penyertaan : PERCUMA

Program ini bertujuan untuk:
1. Membantu pelajar mengenalpasti personaliti diri.
2. Membantu pelajar mengukur minat kerjaya.
3. Membantu pelajar mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian dengan diri.

Siapa yang patut hadir keprogram ini?
1. Pelajar-pelajar Tingkatan 4,5 & 6.
2. Pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM.
3. Ibu bapa yang berminat.

Dikendalikan oleh Tuan Hj Mohd Shahfie bin Jabarullah (Sarjana Sastera - Psikologi Industri & Organisasi), Pengerusi Biro Pemuda Masjid Bandar Baru Senawang

20150416

FORUM PERDANA MENJELANG ISRAK DAN MIKRAJ




Tarikh : 26 April 2015, Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Tajuk ; "Solat : Rahsia Penawar Teragung"

Ahli Panel :
- Ustaz Khairil Anwar Wafa
- Ustaz Abd Hadi Mohd Isa
Moderator : Ustaz Nazri Esa

Anjuran : Gabungan Pengamal dan Intelektual Islam N.Sembilan (GAPINS) dan Surau Taman Alamanda

20150305

Kursus Cara Cepat Belajar Membaca dan Menulis Al-Quran Secara Tartil



Masjid Bandar Baru Senawang akan menganjurkan "Kursus Cara Cepat Belajar Membaca dan Menulis Al-Quran Secara Tartil".

Tujuannya ialah untuk melatih bakal guru-guru yang akan menjadi tenaga pengajar Kelas Al-Quran dimasjid ini atau disurau-surau untuk anak-anak dikariah ini.

Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu selama 9 minggu dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi bermula pada hari Sabtu 7 Mac 2015 bertempat di Dewan Kuliah masjid.

Kursus ini terbuka kepada semua ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang. Guru-guru Al-Quran yang sedia ada ditaman-taman didalam kariah ini juga dijemput mengikuti kursus ini.

Pendaftaran untuk mengikuti kursus ini boleh dibuat pada hari pertama kursus.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada En Ahmad Nayan (Tel: 0192358863) atau Hj Abd Rahim Simin (Tel: 0136216771).

20150223

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA di Masjid Bandar Baru Senawang, Sabtu 28 Feb, 8.30pg-12tg PERCUMA. Tel Hjh Fatimah 0193344793, Hjh Azizah 0196329361, Pn Azizah 0132625952