MBBS

MBBS

20081112

Kuiz Rakan Muda Masjid N.Sembilan

KUIZ RAKAN MUDA MASJID 2008

Tarikh tutup penyertaan 31 Disember 2008

Penyertaan percuma

Hadiah merupakan Baucer Gunting Rambut di Kedai Gunting Rambut Shamsul , pekan Senawang ( Taman Senawang Jaya , Tel : 019-6524990 )

Anjuran : Biro Rakan Muda Surau Taman Alamanda , Senawang

SYARAT :
1. Kuiz ini terbuka kepada pelajar lelaki sekolah rendah atau menengah yang menetap di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang.
2. Jawapan kuiz hendaklah ditulis atas kertas A4 dan dihantar ke :
KUIZ RAKAN MUDA MASJID 2008
Peti Surat Surau Taman Alamanda ,
Surau Taman Alamanda ,
70450 Senawang , N.Sembilan

SOALAN :
1. Siapakah nama Imam Masjid Bandar Baru Senawang ?
2. Siapakah nama Nazir Masjid Bandar Baru Senawang ?
3. Siapakah nama Bilal Masjid Bandar Baru Senawang ?
4. Siapakah nama Siak Masjid Bandar Baru Senawang ?
5. Apakah alamat laman web Masjid Bandar Baru Senawang ?
6. Sebutkan 3 daripada beberapa taman perumahan yang berada dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang
7. Nyatakan cara pencegahan Wabak Demam Chikungunya ?

20080921

Bubur Lambuk Licin


Alhamdulillah , Masjid Bandar Baru Senawang mengagihkan bubur lambuk pada orang ramai di perkarangan masjid pada setiap hari Ahad selepas Asar semasa Ramadhan ini. Dalam tempoh yang singkat ianya habis hingga terpaksa mencedok periuk. Semoga lebih ramai lagi yang menyumbang tenaga dan kewangan agar lebih ramai lagi akan dapat menikmati Bubur Lambuk Istimewa Masjid Bandar Baru Senawang

20080911

Begitu Mudah Untuk Menjadi Bijak

Majlis Pelancaran Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’
Program Sayangi Remaja peringkat Negeri Sembilan.
Tarikh : 13 Sept 2008 (Sabtu)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban
Masa : 4.00 petang – 8 malam (Lepas Asar dan disudahi dengan majlis Berbuka Puasa)
Penceramah Jemputan: Roha Hasan, AJK Wanita JIM Pusat.
Anjuran : Wanita Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

Semua dijemput hadit terutamanya para remaja, belia, guru-guru, pelajar sekolah atau sesiapa sahaja yang prihatin terhapa kebajikan dan kesihatan remaja.

Maklumat lanjut Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ boleh dirujuk dalam beberapa pautan seperti berikut:
http://mejawanitajim.blogspot.com/2007/05/anda-bijak-jauhi-zina.html
http://krjpetaling.blogspot.com/
http://intim.wordpress.com/2007/07/03/seks-bebas-di-kalangan-remaja-membimbangkan/

20080810

Seni Taman Masjid Bandar Baru Senawang


Seni Taman Masjid Bandar Baru Senawang


Forum Perkasa Perjuangan Agama 15 Ogos Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput ke program :
FORUM PERDANA
Tajuk : “ Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa”
Hari : Jumaat
Tarikh : 15 Ogos 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Ahli Panel :
Dr. Mohd Farid Shahran – Timbalan Presiden ABIM
Tn Hj Shamsul Azhar – Yang Dipertua ABIM N.Sembilan

Pengerusi : Ustaz Norazamir Alias

Gambar Hari Keluarga 2008

Berikut beberapa gambar sekitar Hari Keluarga, Hari Anugerah dan Sambutan Isra’Mi’raj Masjid Bandar Baru Senawang yang diadakan pada Ahad 10 Ogos 2008.

20080729

Cenderahati Pelajar Cemerlang 2007 Masjid Senawang

Kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM 2007 yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang, satu majlis Penyampaian Cenderahati Pelajar Cemerlang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada hari Ahad 10 Ogos 2008 sempena Hari Keluarga dan Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj.

Syarat-syarat pelajar yang layak mendapat cenderahati ini ialah :
1. Pelajar-pelajar yang mana ibu bapa atau penjaga menetap di taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang
2. Mendapat keputusan UPSR 5A , PMR 8 A , SPM 8A dan STPM 4 A ke atas.
3. Menyertakan salinan keputusan peperiksaan serta dicatatkan alamat rumah dan nombor telefon.
4. Menggunakan borang yang telah diedarkan pada setiap surau dan dihantar kepada Imam , Bendahari atau Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Isnin 4 Ogos 2008.

HARI KELUARGA DAN MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ MASJID BANDAR BARU SENAWANG

Tarikh : 10 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 7:30 pagi hingga 2:30 petang
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang


Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Antara Acara Menarik
1. Pertandingan Hafazan Al Quran kategori pelajar sekolah kebangsaan dan menengah (lelaki dan perempuan)
2. Pertandingan Azan kategori pelajar sekolah kebangsaan dan menengah (lelaki)
3. Pertandingan Mewarna kanak-kanak 6 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan)
4. Rebut Gula kanak-kanak 6 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan)
5. Acara dewasa (lelaki dan perempuan)
6. Penyampaian Cenderahati Pelajar Cemerlang Tahun 2007
7. Ceramah Isra’ dan Mi’raj

Pertandingan di atas adalah terbuka kepada umum. Mereka yang ingin menyertai pertandingan tersebut dikehendaki menggunakan borang yang telah diedarkan pada setiap surau dan dihantar kepada Imam , Bendahari atau Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Isnin 4 Ogos 2008.

20080715

Peta ke Masjid Bandar Baru Senawang

Sila klik pada peta di bawah atau pautan pada Google Map di sini http://maps.google.com/maps?ie=UTF8&hl=en&ll=2.703221,101.99029&spn=0.019462,0.026436&z=15

JADUAL CERAMAH DAN KULIAH MASJID BANDAR BARU SENAWANG

Setiap Isnin – Kuliah Maghrib – Us Soffhan Halim http://madrasahaliyah.blogspot.com/
– Topik : Aqidah

Setiap Selasa - Kuliah Maghrib – Us Norazman Hj Mohamad http://easysolat.blogspot.com – Topik : Tafsir Al Quran

Setiap Rabu – Kuliah Maghrib – Us Hj Arshad Abd Samad – Topik : Feqah

Setiap Khamis – Selepas Maghrib – Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil

Setiap Jumaat Minggu 1 & 3 - Kuliah Maghrib – Us M Shahrizan Ibrahim – Topik : Fiqh Ad Dakwah

Setiap Jumaat Minggu 2 & 4 - Kuliah Maghrib – Us Khazri Othman – Topik : Fiqh Ad Dakwah

Setiap Sabtu – Kuliah Subuh - Us Hj Arshad Abd Samad – Topik : Al Hadith

Setiap Sabtu – Selepas Asar – Kuliah Fardu Ain Wanita – Ustazah Rozimah Mohd Idris

Setiap Sabtu Minggu 1 & 3 – Kuliah Maghrib – Us Khusairi Hamthan – Topik : Fiqh As Sirah
Setiap Ahad – Kuliah Subuh – Us Hj Abd Rahim Yusuf – Topik : Tafsir Al Quran

Setiap Ahad – Selepas Maghrib – Us Hj Shamsuddin - Topik : Tajwid Al Quran

20080410

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Ceramah Maulidur Rasul
Penceramah : Ustaz Khusairi
Tarikh : 19 April 2008 , Sabtu
Masa : 7:30 malam selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

20080331

Ceramah Maulidur Rasul saw

Tajuk : Benarkah Cinta Kita Kepada Rasulullah saw ?
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa , BA (Hons) Usuluddin, Univ Al Azhar
Penterjemah Berita Bahasa Arab Stesyen TV Swasta
Sabtu 12 April 2008
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Kuliah Maghrib (Feqah)

Penceramah : Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Imam Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Jumaat 4 April 2008
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang

20080119

Ceramah Sambutan Maal Hijrah

Tarikh : 23 Januari 2008 / 14 Muharram 1429H (Rabu)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Al-Amin, Taman Cempaka Fasa 2
Penceramah : Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli , Timbalan Mufti Negeri Sembilan

20080114

Masjid Bandar Baru Senawang Masjid Contoh

Sempena Sambutan Maal Hijrah 1429 H yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban pada 10 Januari 2008 yang lalu, Masjid Bandar Baru Senawang telah mendapat Anugerah Masjid Contoh Peringkat Negeri Sembilan. Semoga semua masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Negeri Sembilan diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu serta mendapat keredhaan Allah swt.

20080107

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Masjid Senawang

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Sabtu 26 Januari 2008
Aturcara : Lepas Solat Maghrib
Penceramah : Us Zahari A.Latif (Bekas Ketua Penolong Pengarah JAKIM)
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20080106

Ceramah Sains dalam Al Quran 18 Jan Senawang

Penceramah : Dr Mohd Arip Kasmo (UKM)
Tajuk : Pengukuhan Aqidah Menerusi Penghayatan Mukjizat Sains Dalam Al Quran
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : Jumaat 18 Januari 2008
Masa : Selepas Solat Maghrib
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

JADUAL CERAMAH DAN KULIAH MASJID BANDAR BARU SENAWANG

Setiap Isnin – Kuliah Maghrib – Us Sofhan Halim – Topik : Aqidah
Setiap Selasa - Kuliah Maghrib – Us Norazman Hj Mohamad – Topik : Tafsir Al Quran
Setiap Rabu – Kuliah Maghrib – Us Hj Arshad Abd Samad – Topik : Feqah
Setiap Khamis – Selepas Maghrib – Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
Setiap Jumaat - Kuliah Maghrib – Us Khazri Othman – Topik : Fiqh Ad Dakwah

Setiap Sabtu – Kuliah Subuh - Us Hj Arshad Abd Samad
Setiap Sabtu – Selepas Asar – Kuliah Fardu Ain Wanita – Ustazah Rozimah Mohd Idris
Setiap Sabtu Minggu 1 & 3 – Kuliah Maghrib – Us Khusairi Hamthan – Topik – Fiqh As Sirah
Setiap Sabtu Minggu 2 & 4 - Kuliah Maghrib – Topik – Fiqh Ad Dakwah

Setiap Ahad – Kuliah Subuh – Us Hj Abd Rahim Yusuf
Setiap Ahad – Selepas Maghrib – Tajwid Al Quran – Us Hj Shamsuddin