MBBS

MBBS

20080729

Cenderahati Pelajar Cemerlang 2007 Masjid Senawang

Kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM 2007 yang menetap di kariah Masjid Bandar Baru Senawang, satu majlis Penyampaian Cenderahati Pelajar Cemerlang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada hari Ahad 10 Ogos 2008 sempena Hari Keluarga dan Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj.

Syarat-syarat pelajar yang layak mendapat cenderahati ini ialah :
1. Pelajar-pelajar yang mana ibu bapa atau penjaga menetap di taman dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang
2. Mendapat keputusan UPSR 5A , PMR 8 A , SPM 8A dan STPM 4 A ke atas.
3. Menyertakan salinan keputusan peperiksaan serta dicatatkan alamat rumah dan nombor telefon.
4. Menggunakan borang yang telah diedarkan pada setiap surau dan dihantar kepada Imam , Bendahari atau Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Isnin 4 Ogos 2008.

HARI KELUARGA DAN MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ MASJID BANDAR BARU SENAWANG

Tarikh : 10 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 7:30 pagi hingga 2:30 petang
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang


Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Antara Acara Menarik
1. Pertandingan Hafazan Al Quran kategori pelajar sekolah kebangsaan dan menengah (lelaki dan perempuan)
2. Pertandingan Azan kategori pelajar sekolah kebangsaan dan menengah (lelaki)
3. Pertandingan Mewarna kanak-kanak 6 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan)
4. Rebut Gula kanak-kanak 6 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan)
5. Acara dewasa (lelaki dan perempuan)
6. Penyampaian Cenderahati Pelajar Cemerlang Tahun 2007
7. Ceramah Isra’ dan Mi’raj

Pertandingan di atas adalah terbuka kepada umum. Mereka yang ingin menyertai pertandingan tersebut dikehendaki menggunakan borang yang telah diedarkan pada setiap surau dan dihantar kepada Imam , Bendahari atau Setiausaha Badan Kebajikan Masjid Bandar Baru Senawang sebelum Isnin 4 Ogos 2008.