MBBS

MBBS

20100427

Kisah Cinta Pak Arab 5 Mei Senawang



KUPASAN BUKU "CINTA DI LANGIT GAZA"
Bersama penulis Ustaz Riduan Mohamad Nor , Aktivis Dakwah dan Kemanusiaan
Tarikh : 5 Mei 2010 / RABU
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al-Hikmah, Apartment Seroja , Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhairi 019-2998345

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Penulis merupakan seorang pendakwah bebas begitu aktif memperjuangkan nasib penduduk Palestin dan juga seorang ulama’ muda yang gigih menghasilkan pelbagai buah buku untuk rujukan kita bersama.

Buku ‘Cinta di Langit Gaza’bercirikan novel yang menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan di Palestin dan juga di pelbagai Negara yang ditimpa musibah seperti di Acheh, Solo, Kemboja, Pakistan dan banyak lagi.

Plot penceritaannya menjadikan kita seolah-olah berada di tempatnya dan merasai suasana pengembaraan ke Gaza. Pelbagai cabaran yang dilalui untuk memasuki ke wilayah Gaza sehingga perlu melalui pelbagai sekatan daripada Negara suruhan Israel iaitu Mesir.
Unsur monolog dan dialog yang digunakan dalam novel ini menjadikan ianya lebih mudah difahami dan menyeronokkan untuk dibaca.


USTAZ RIDUAN MOHAMAD NOR.
Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’ dan banyak lagi.

Merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara.

CINTA DI LANGIT GAZA
Penulis : Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources http://www.tintajundi.com/
Cetakan : Mac 2010
Harga : RM20.00 (Sem Malaysia), RM25.00 (Sabah & Sarawak)
M/s : 291