MBBS

MBBS

20100531

Lawan zionis israel dengan senjata DOA



Kita hanya mampu melawan zionis israel dengan Senjata DOA.
Usaha kemanusian membantu penduduk Gaza mesti diteruskan !
Bantahan terhadap keganasan israel tiada noktahnya !

*****************
DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

BANDAR SERI BEGAWAN, Doa itu sifatnya luhur, nilainya tinggi dan harganya tidak ternilai kerana ia berupa munajat semata-mata kepada Allah dan urusan langsung dengan Allah.

Manfaat doa kepada orang yang beriman amat besar dan ini bukan cakap semata-mata dan bukan juga teori para sarjana, tetapi adalah perkhabaran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Antara perkhabaran Nabi mengenai doa itu sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : “ Adalah doa itu otak ibadat.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Termidzi daripada Anas).

Katanya lagi doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi. (Hadis riwayat At-Termidzi).

Doa bukan sahaja terbatas bagi manusia, bahkan makhluk lain juga berzikir dan berdoa dan hasil daripada doa mereka itu, kadang-kadang turut dinikmati juga oleh kita manusia.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/5apr/berita03.htm

20100527

Seminar Usahawan Bumiputera 26 dan 27 Jun Seremban

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Mini Showcase SDSI 2010 yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 26 - 27 Jun 2010.

Bersempena dengan program ini sebanyak 2 seminar keusahawanan akan dianjurkan.

Di jemput semua usahawan dan penduduk setempat yang berminat menjadi peserta kepada seminar ini. berikut 2 sesi seminar yang akan dijalankan dalam program tersebut :

SESI SEMINAR 1
Tajuk : Peluang Penerokaan Pasaran Dalam Sektor Peruncitan
Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

SESI SEMINAR 2
Tajuk : Peluang Pelaburan Ekuiti Dalam Syarikat Bumiputera
Tarikh : 27 Jun 2010 (Ahad)
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Komplek Belia & Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang berminat menyertai seminar ini, sila berhubung dengan En. Mohd Zulazly bin Samat (UPEN.NS) di talian 06-7659969 atau Puan Suzana binti Zubir (UPEN.NS) di talian 06-7659505 sebelum 7 Jun 2010 (Isnin).

20100526

Kuliah Subuh Khas 28 Mei Seremban

KULIAH SUBUH KHAS
Tarikh : 28 Mei 2010
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Masjid Jamek Ampangan , Seremban
Penceramah : Ustaz Ali Kutty

Semua dijemput hadir

20100525

Paintbal AMAL 20 Jun 2010 Kuala Pilah


PAINTBALL AMAL 2010
Tarikh : 20 Jun 2010
Hari : Ahad
Tempat : YKSNS Paintball Jungle Park, Kuala Pilah

BUTIRAN PROGRAM
- Yuran penyertaan RM 500 setiap kumpulan
- 1 kumpulan terdiri dari 7 orang
- Permainan kalah mati
- Makanan disediakan

OBJEKTIF PROGAM
- Mengumpul dana pembelian Rumah Perlindungan
- Mendekatkan masyarakat dengan institusi dakwah dan kebajikan
- Membentuk masyarakat yang prihatin, bekerjasama dan sihat

Hubungi :
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/

Pusat Latihan Pembangunan Insan
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Borang Penyertaan dan maklumat lanjut di :
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post_24.html
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post.html

20100522

Kem Imam Bilal Muda 16 dan 17 Jun Seremban


KEM IMAM & BILAL MUDA 2010
Tarikh : 16 & 17 Jun 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Masjid Kariah Panchor Jaya , Seremban

Yuran : RM 70 (termasuk fail, bahan kursus, makan minum dan sijil)
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 17 tahun

Hubungi Ustaz Arif 016-3733607 , En Mohd Noor 013-2006840
E-mel infitahtraining@yahoo.com

Daftar sebelum 10 Jun 2010

Aktiviti :
- Kepimpinan melalui solat
- Isu-isu solat berjemaah
- Solat is Simple
- Aplikasi azan dalam kehidupan
- Aksesori Solat

Maklumat lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com/2010/05/kem-imam-bilal-muda-2010.html

Bengkel Anak Soleh 5 dan 6 Jun Senawang

BENGKEL ASAS FARDU AIN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH
Tarikh : 5 dan 6 Jun 2010 ( Sabtu dan Ahad)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Yuran : RM 95 (termasuk kertas kerja dan makan minum)
Terhad 50 orang peserta sahaja

Hubungi : Ustaz Anas 012-6670927 , Ustazah Maizatul 012-6417664

Anjuran : Pengajian Annas dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

Pengisian Bengkel :
- Pengisian Rohani
- Kembara Mengenal ALLAH
- Qiamullail
- Iman, Islam, Ihsan
- Amali Wuduk dan Kelebihannya
- Solat dan Pengertiannya
- Bacaan Dalam Solat
- Amali Solat
- Klinik Al Fatihah
- Hafalan Surah Lazim dan Doa Pilihan
- Permainan Islami
- Motivasi Anak Soleh Beserta Ibu bapa

20100520

Motivasi Santai, Selamba, Sempoi 7 Jun Seremban


SEMINAR PECUTAN AKHIR PMR-SPM 2010
Tarikh : 7 Jun 2010 (Isnin)
Tempat : Lecture Theatre I, Kolej MARA, Seremban
Bersama : Abg Badr http://www.badrulsani.com/
Terbuka kepada pelajar tingkatan 3-5
Yuran : RM 25 sahaja (termasuk bahan seminar, makan & sijil)

Kandungan Seminar :
- Kaedah Memanfaatkan Kekuatan dan Kelemahan Diri
- Teknik Bijak , Pelajar Pintar
- Rahsia Brilliant Students

Anjuran : Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Hubungi :
Helmi , Pengarah KRIM NS
0192445736
ibnujamil@yahoo.com , anaksemut2003@yahoo.co.uk

Maklumat lanjut dan borang penyertaan seminar di http://krimns.wordpress.com/2010/05/13/program-cuti-sekolah-seminar-pecutan-akhir-pmr-spm-2010/#more-593


PROFIL MOTIVATOR

Ahmad Badrul Sani bin Baharudin dilahirkan pada tanggal 25hb Februari 1983 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Seberang Jaya II dan SMKA Al-Irshad Pulau Pinang, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang.

Beliau mula berkecimpung sebagai motivator sejak berusia 17 tahun selepas menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan. Berbekalkan secebis pengalaman dan kemahiran, beliau kini berjuang dalam membangunkan modal insan di seluruh negara. Dari melatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. syarikat terkemuka, Saudara Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri dengan memimpin masyarakat dalam menguasai kekuatan minda, motivasi dan seni berbicara.

Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.

Saudara Badrul Sani juga menghasilkan produk-produk ilmiah yang lain seperti e-book, booklet dan VCD yang membimbing semua lapisan masyarakat dalam mencorakkan kejayaan dalam hidup mereka.

Saudara Badrul Sani juga merupakan seorang Professional Member untuk MAPS (Malaysian Association of Professional Speakers) dan pernah dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato dan forum bagi Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban.

Beliau juga sering diundang untuk mengendalikan majlis raksasa seperti Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Malawati Shah Alam dan Stadium Seksyen 15 Bandar baru Bangi. Dan juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Antaranya memberikan ceramah kerohanian dan motivasi kepada Pegawai Tadbir Diplomat di INTAN, Bukit Kiara dan berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar daerah Hulu Langat.

Wajah dan cerita beliau juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar.

Dan beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat menerusi laman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam pelbagai aspek.

Laman blognya dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar sekolah rendah, menengah, IPT, sehinggalah ke ahli-ahli korporat dan pegawai tinggi kerajaan.

Walaupun beliau tidak kerap muncul di kaca TV, tapi Saudara Badrul Sani begitu digemari kerana sikapnya yang selamba, santai dan sempoi. Beliau mampu membuatkan audiens ketawa dan kemudiannya menangis. Beliau mampu membuatkan audiens bermotivasi, terinspirasi dan bersemangat untuk berubah. Satu anugerah untuk membangunkan potensi ummah. Sejak Januari 2007 sehingga Oktober 2009 ini, seramai 32,500 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!

20100518

Rayuan Rumah Perlindungan Saudara Baru


Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) adalah merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha membantu saudara baru dan juga golongan yang memerlukan. Untuk tujuan itu YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.

Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487

Untuk pertanyaan hubungi
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/
Alamat :
Pengarah Tabung Aset YKSNS
KOMPLEKS TOK MUAR (Rumah Perlindungan)
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links

YKSNS juga akan menganjurkan MALAM NUR INSPIRASI YKS 2010 di Kompleks Tok Muar YKSNS pada 24 Julai 2010 pada jam 8 malam hingga 11 malam.

VISI YKSNS : Membina masyarakat yang berkasih saying dan hubungan kemanusiaan yang tinggi

MISI YKSNS : Menjadi pertubuhan yang membangunkan aqidah, pendidikan, ekonomi serta memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat

AKTIVITI & PERKHIDMATAN :
1. Program Modal Insan
2. Urusan Penjagaan Saudara Baru Dalam Tempoh Perlindungan
3. Urusan Penjagaan Anak-Anak Terabai
4. Masalah Sosial Remaja
5. Kelas Pengajian Agama
6. Menyalurkan Bantuan
7. Program Jalinan Ukhuwwah Saudara Kita

GOLONGAN YANG DILINDUNGI :
1. Saudara baru
2. Golongan yang layak menerima zakat
3. Ibu tunggal

20100513

Bersama Kita Bangunkan Surau di N.Sembilan






TABUNG PEMBINAAN SURAU
Taman Matahari Indah dan Senawang Indah 2

Mereka yang ingin turut serta mengambil bahagian dalam saham pembinaan surau ini sila hubungi :
En Kamaruddin Ishak 012-3280446 , Pengerusi
En Md Nordin Abu Bakar 019-6434634 , Setiausaha
En Azizal Sulaiman 019-2800678 , Bendahari

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Nama Akaun : Persatuan Penduduk Taman Matahari Indah dan Senawang Indah 2
No Akaun : 05100-29-00065176-7
Bank : Bank Simpanan Nasional (Cawangan Seremban)


Maklumat pembinaan :
Bilangan penduduk 1000 orang
Anggaran kos RM 160,000.00
Dana terkumpul RM 15,000.00 (setakat 29 Mac 2010)

MALAPETAKA BESAR PALESTIN

Tarikh : 28 Jamadil Awal/13 Mei 2010
Ruj Kami : AQSANS/2010/(2)
Nazir/Pengerusi/Tuan Imam
Masjid/Surau

Tuan,

KHUTBAH SEMPENA 62 TAHUN PERISTIWA AN-NAKBAH (MALAPETAKA BESAR PALESTIN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Berbahagia Tuan, Aqsa Syarif Bhd ditubuh dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. AQSA SYARIF mempunyai empat misi iaitu penyebaran maklumat, bantuan kemanusiaan, bantuan kewangan dan kerjasama. AQSA SYARIF telah dan sedang merangka melaksanakan beberapa program dalam usaha berterusan membantu saudara-saudara kita di Palestin yang semakin dihimpit oleh keganasan dan kezaliman regim Zionis Israel. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah konvensyen, projek derma anak yatim, ceramah Palestin dan pameran Palestin.

3. Bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

4. Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka.

5. Oleh itu AQSA SYARIF telah mengatur beberapa program untuk menyemarakkan tahun 2010 ini dengan kempen kesedaran perjuangan rakyat Palestin di seluruh negara. Sehubungan itu pihak kami amat berharap kiranya pihak tuan dapat terlibat sama dengan membacakan Khutbah Palestin di masjid/institusi di bawah seliaan tuan.

6. Dikepilkan teks Khutbah Palestin ini untuk rujukan dan pertimbangan pihak tuan. Untuk makluman Yang Berbahagia Tuan, teks khutbah ini disediakan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE yang merupakan institusi penyelidikan di bawah AQSA SYARIF. Moga Allah melimpahkan kurniaNya kepada pihak tuan atas pertolongan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha kerdil kita untuk membebaskan Majid al-Aqsa yang mulia, amin.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di talian 012-639 7049..

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


Yang berusaha,

HJ SHAMSURI BIN ABDULLAH
Pengurus Negeri
AQSA SYARIF NEGERI SEMBILAN

KHUTBAH SEMPENA 62 TAHUN PERISTIWA AN-NAKBAH (MALAPETAKA BESAR PALESTIN)


Assalamualaikum wrt bth.


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Hari ini khatib hendak membawa perhatian sidang Jumaat kepada satu peristiwa besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Persitiwa tersebut dikenali sebagi Nakbah yang membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbahberlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera 'The Star of David' dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram israel diistiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 62 tahun ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk merempat di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini nasib mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Jika ada di kalangan kita merasakan tragedi Nakbah ini tiada kena mengena dengan diri kita, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan hidup kita sebagai serorang muslim. Apakah asas kepada perkara ini?

Yang pertama inilah akibat dari leburnya konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa 'nation state' yang dipaksakan oleh penjajahan ratusan tahun ke atas umat Islam. Umat ini diiktiraf oleh Al-Quran sebagai umat yang satu. Firman Allah SWT 'Sesungguhnya kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyembah akan Daku'. Di tempat yang lain Allah berfirman 'Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu , maka hendaklah engkau bertaqwa kepada Ku".....

Oleh kerana begitu mendalamnya konsep 'nation states' yang diperkenalkan oleh penjajah maka kita pada hari ini tidak lagi menganggap umat Islam di luar dari batas sempadan antarabangsa sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan. Bahkan kadang-kadang timbul pula sentimen merendah-rendahkan muslim di negara lain atau dari bangsa lain. Oleh kerana robohnya konsep umat ini, kesatuan umat Islam berjaya dipecahkan dan sememangnya itulah yang menjadi hasrat musuh-musuh Islam. Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil mahsulnya tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas aqidah yang kukuh. Apabila aqidah berjaya dihakis dari jatidiri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu persatu. Bahkan 'legacy' penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang 'palsu' sehingga wujudlah 67 negara bangsa yang kadang-kadang hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti halnya Mesir dan Sudan, Libya, Tunisia, Maghribi, Mauritania, Chad, Somalia, Ethopia dan Eritrea.. Seperti halnya Jordan, Syria, Iraq dan bahkan Palestin. Seperti juga halnya Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 67 buah dan menempatkan 1.6 billion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin di kelilingi oleh negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroluemnya tetapi seolah-olah mandul tidak dapat berbuat apa-apa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Ketidakpedulian umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah dari sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu dari wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting dari itu ia adalah tanah suci umat Islam. Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita punya tiga tanah suci dan bukan dua. Di samping Makkatul mukarramah dan Madinatul munawarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu BaitulMaqdis di mana terletaknya masjid al Aqsa. Ia menjadi transit atau tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Isra dan Mikraj. Ia mengisyaratkan Baitul Maqdis mempunyai makna yang cukup besar bagi Rasulullah SAW dan bagi umat Islam. Di samping itu masjid al Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan lewat hadis-hadis yang berkaitan. Bersembahyang di masjid al Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali lipat berbanding bersembahyang di tempat yang lain.

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Masjid al Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebagaimana yang dinyatakan berikut

Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra' bin `Azib:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أول ما قدم المدينة نزل على أجداده من الأنصار وأنه صلى قبل بيت المقدس ستة عشر شهرا أو سبعة عشر شهرا.

Daripada al-Barra' bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan

Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi masjid al Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.

Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. "Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Saidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalh ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini. Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya masjid al aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh yahudi zionis sehingga ke hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa yang lebih mengecewakan lagi ialah sikap pemimpin-pemimpin negara umat Islam terhadap isu Palestin. Di saat ini ketika rakyat Palestin di Gaza menghadapi kepungan paling dahsyat sehingga sampai ke tahap membunuh, pemimpin negara-negara Islam diam membisu seribu bahasa. Rakyat Gaza berhadapan dengan sekatan bahan api, bekalan elektrik di potong, tidak ada barangan yang boleh di bawa masuk atau keluar, terputus bekalan ubat-ubatan, makanan dan keperluan asas yang lain, bahkan bekalan klorin untuk merawat air minuman juga dinafikan kepada mereka. Hari ini pesakit-pesakit meninggal semata-mata kerana hospital tiada bekalan elektrik dan tidak dapat membekalkan ubat-ubat untuk peyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kencing manis dan kanser. Ini tidak termasuk rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel yang melancarkan serangan demi serangan ke atas penduduk awam. Dalam keadaan yang begitu kritikal apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara umat Islam? Apabila penduduk Gaza merobohkan tembok sempadan di Rafah, Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka, sempadan tersebut ditutup semula atas arahan Israel.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Kekecewaan dan rasa dukacita kita terhadap keborokan sebahagian umat Islam dan pemimpin-pemimpinnya terubat apabila kita teringat kepada hadis Rasulullah SAW yang memberi khabar gembira tentang satu kelompok yang terus berjuang dan mereka tidak mungkin dikalahkan oleh musuh-musuh mereka sehinggalah Allah memberi kemanangan kepada mereka. Apabila sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW di manakah mereka itu, dijawab oleh Nabi 'mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis'. Maka sidang Jumaat yang dirahmati Allah, istiqamahnya para pejuang di Palestin pada hari ini dalam mempertahankan tanah suci umat islam adalah gambaran dari kebenaran kata-kata Rasulullah SAW. Semuga kita semua termasuk dalam golongan yang bersama berjuang untuk membebaskan bumi Palestin, tanah suci umat Islam dari penjajahan musuh. Ameen Ya Rabuul Alaamin


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Teks khutbah disediakan oleh
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
Palestine Centre of Excellence

20100512

Us Dzulkarnain Hamzah 27 Mei 2010 Seremban


FORUM PERDANA
Bersama :
Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( Kalam Suci Astro Oasis)
Ustaz Nor Azamir bin Alias ( Timbalan Mufti N.Sembilan)

Tarikh : 27 Mei 2010 / Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Tapak bekas Kem Paroi , Seremban

Pengerusi : Ustaz Amran bin Awaluddin (ILIM)

Semua Dijemput Hadir

SEMPENA COOP FEST ZON SELATAN
Tarikh : 27 – 30 Mei 2010 ( Khamis – Ahad )
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Tapak bekas Kem Paroi , Seremban

Anjuran :
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Tel : 06-7635551
http://www.skm.gov.my/

Taklimat Usahawan 22 Mei 2010 Seremban

Unit Perancang Ekonomi, Negeri Sembilan dengan kerjasama Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan mengadakan Taklimat Perbiayaan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban

Usahawan baru dan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan dijemput hadir.

Bagi siswazah yang mempunyai sijil, diploma dan ijazah (menganggur) juga di jemput hadir.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Mohd Zulazly Bin Samat di talian 06-7659969 (UPEN.NS) dan Cik Noorhazreen Binti Ab Ghani 03-27851412 (PUNB)

Maklumat lanjut di http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_train&pg=bm_train1_perantis

20100503

Sambutan Hari Ibu 30 Mei 2010 Seremban



SAMBUTAN HARI IBU
Tarikh : 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 10 pg – 2 ptg
Tempat : Ruang Legar , Seremban Centre Point

Penampilan Istimewa Adik Wajih Zakwan Hanif – JUARA Rancangan Realiti TV Adik Adikku

Acara Menarik Seisi Keluarga :
- Celoteh si Kecil
- Tayangan Multimedia
- Kuiz Keluarga
- Persembahan Nasyid
- Bicara ibu
- Pelbagai Pertandingan (Mewarna, Memasak, Mencipta Kad Hari Ibu, Mengarang Sajak, Menulis Esei)

Maklumat lanjut hubungi Pn Akhma Deena Khalid 019-6689630 akhmadeena@yahoo.com

Anjuran : Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban

Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2010/05/03/hebahan-sambutan-hari-ibu-2010-isma-seremban/