MBBS

MBBS

20100513

MALAPETAKA BESAR PALESTIN

Tarikh : 28 Jamadil Awal/13 Mei 2010
Ruj Kami : AQSANS/2010/(2)
Nazir/Pengerusi/Tuan Imam
Masjid/Surau

Tuan,

KHUTBAH SEMPENA 62 TAHUN PERISTIWA AN-NAKBAH (MALAPETAKA BESAR PALESTIN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Yang Berbahagia Tuan, Aqsa Syarif Bhd ditubuh dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. AQSA SYARIF mempunyai empat misi iaitu penyebaran maklumat, bantuan kemanusiaan, bantuan kewangan dan kerjasama. AQSA SYARIF telah dan sedang merangka melaksanakan beberapa program dalam usaha berterusan membantu saudara-saudara kita di Palestin yang semakin dihimpit oleh keganasan dan kezaliman regim Zionis Israel. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah konvensyen, projek derma anak yatim, ceramah Palestin dan pameran Palestin.

3. Bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

4. Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka.

5. Oleh itu AQSA SYARIF telah mengatur beberapa program untuk menyemarakkan tahun 2010 ini dengan kempen kesedaran perjuangan rakyat Palestin di seluruh negara. Sehubungan itu pihak kami amat berharap kiranya pihak tuan dapat terlibat sama dengan membacakan Khutbah Palestin di masjid/institusi di bawah seliaan tuan.

6. Dikepilkan teks Khutbah Palestin ini untuk rujukan dan pertimbangan pihak tuan. Untuk makluman Yang Berbahagia Tuan, teks khutbah ini disediakan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE yang merupakan institusi penyelidikan di bawah AQSA SYARIF. Moga Allah melimpahkan kurniaNya kepada pihak tuan atas pertolongan dan kerjasama yang diberikan dalam usaha kerdil kita untuk membebaskan Majid al-Aqsa yang mulia, amin.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di talian 012-639 7049..

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


Yang berusaha,

HJ SHAMSURI BIN ABDULLAH
Pengurus Negeri
AQSA SYARIF NEGERI SEMBILAN