MBBS
20160226
20160222
‘Tak bayar, rumah boleh kena sita’
‘Tak bayar, rumah boleh kena sita’
20 Februari 2016
SEREMBAN - Sudahlah menderita kerana penyakit hipertiroid
peringkat kedua dihadapinya, seorang ibu tunggal semakin tertekan apabila tidak
mampu membayar sewa rumah tertunggak sejak enam bulan lalu.
Siti Fatimah Mohd Yusof, 28, yang tinggal di pangsapuri
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang, Taman Jasmin, di sini, tidak
mampu membayar tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 kerana sudah lama tidak
bekerja.
Akibat kegagalan dia menjelaskan tunggakan itu, katanya,
rumah disewa itu akan disita sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh sebulan
lagi.
Bagaimanapun, katanya, sejak disahkan mengalami penyakit
hipertiroid pada tahun lalu, emosinya kurang stabil sehingga menyebabkan dia
sukar untuk keluar bekerja, selain memikirkan urusan persekolahan anak
perempuannya, Noorsafiya Raila Mohd Aris, berusia 11 tahun.
“Dulu saya pernah bekerja sebagai pembantu kedai makan,
tetapi tak kekal lama sebab sakit yang saya alami itu membuatkan emosi saya
selalu terganggu. Kadang kala denyutan jantung saya berdegup laju, membuatkan
saya menjadi bimbang dan tak dapat kawal emosi, selain terlalu memikirkan urusan
harian dan persekolahan anak.
“Tetapi sekarang bila sudah tidak bekerja, banyak benda yang
tertunggak, termasuklah bil air dan elektrik," katanya kepada Sinar Harian
di rumahnya, semalam.
Siti Fatimah berkata, kerana mahu berjimat, dia terpaksa
menyekat pembelian keperluan hariannya dengan membeli barangan penting saja,
selain banyak dibantu ahli keluarga yang simpati dengan nasibnya dua beranak.
Sementara itu, nasib Siti Fatimah mendapat perhatian
Persatuan Pembangunan Masyarakat Malaysia (PPMM) yang mengadakan lawatan ke
rumah keluarga terbabit.
Pengerusi PPMM, Mohd Aryan Khailash Arumugam berkata,
pihaknya dimaklumkan setiap empat bulan sekali, Baitulmal akan memberi bantuan
keperluan dapur kepada keluarga berkenaan.
“Kita juga telah berbincang dengan pihak sekolah agar
memberi bantuan makanan percuma kepada Noorsafiya, melalui program Rancangan
Makanan Tambah (RMT) untuk pelajar miskin.
“Selain itu juga, guru kelas Noorsafiya sendiri akan
mengeluarkan perbelanjaan bayaran pengangkutan bagi membantunya ke sekolah
kerana sebelum ini dia terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer setiap
hari," katanya.
20160201
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Tentatif Program
JUMAAT (19/02/2016)
3:15 ptg : Khatam 30 Juzu’, 30 Peserta ( Pelajar Tahfiz ) :
5:00 ptg : Kuliah
Asar - Ustazah Isfadiah, Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu ( UIAM ) Tajuk: ‘’Peranan
Wanita Dalam Perjuangan Islam’’
7:30 mlm : Solat Maghrib, Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil
8:45 mlm : Solat Isyak
9:00 mlm : Perasmian Program Maulidur Rasul 1437 H
9:30 mlm : Qasidah- Kumpulan Muhibbin
Forum - Tajuk:’’ Cinta Nabi Rahmat Buat Umat’’
Us Ahmad Dusuki Bin Abd Rani
Us Zul Ramly Mohamed Razali
Abdul Fattah Bin Ridzwan ( Moderator )
11:00 mlm : Bersurai
SABTU (20/02/2016)
4:30 pagi : Qiamullail - Imam Muda Khidir Bin Zulkifli
6:00 pagi : Solat & Kuliah Subuh, Ust. Zaidi Ramly, Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Agama Islam Wilayah Persekutuan (
JAWI ) . Tajuk :’’Pemuda dambaan Syurga’’
8:30 pagi : Kuliah Dhuha 1, Ustaz Muhd Asyraf Mohd Rizuan (
Imam Muda Musim 1 ) Tajuk:’’Menghayati perjuangan Rasulullah’’
10:30 pagi : Kuliah Dhuha 2, Ust. Elyas Ismail ( Personaliti
TV3, TV Hijrah ), Tajuk: ‘’Hati kita milik Ilahi’’
- Kempen Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Percuma
2:30 ptg : PU Azman Syah, Slot Motivasi –Meneladani Akhlak
Nabi S.A.W
3.30 ptg : Hafiz Cilik/ Penceramah Cilik
5:00 ptg : Acara
Memanah/Pertandingan mewarna
6:00 ptg : Penyampaian Hadiah Mewarna
7:30 mlm : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib, Dr Ust Yusry (
Bahagian Rundingcara Akidah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan ), Tajuk: ‘’ Warisan
Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman’’
8:45 mlm : Solat Isyak
9:00 mlm : Kuliah Perdana Isyak & Qasidah
- Syeikh Mohd Zainol Asri ( Pengerusi Mujamma’ Darul Hadis )
- Habib Najmuddin ( Pendakwah Bebas )
- Qasidah - Kumpulan Mujamma Darul Hadis
11.00 mlm : Bersurai
Langgan:
Catatan (Atom)