MBBS

MBBS

20141110

Desak tidak jual arak secara terbuka




10 Nov 2014 - Berang dengan kedegilan sebuah pasar raya yang enggan memenuhi permintaan mereka, lebih 100 penduduk Salak Tinggi berhimpun di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Taman Salak Baiduri di sini petang kelmarin mendesak agar premis itu tidak menjual arak secara terbuka.

Pasar raya yang baru beroperasi beberapa tahun itu didakwa masih menjual arak walaupun banyak kali bantahan telah dibuat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Salak Baiduri, Hishamuddin Hanafiah berkata, penduduk membantah penjualan arak secara terbuka itu memandangkan hampir 100 peratus daripada kira-kira 10,000 penduduk di kawasan itu beragama Islam.

“Kami bukan meminta mereka menutup perniagaan, sebaliknya mahu mereka jangan menjual arak dan hormat sensitiviti masyarakat Islam di sini.

“Kami bimbang penjualan arak secara berterusan di tempat kami lambat laun akan mengundang gejala sosial dan jenayah di kawasan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Kebas berulang kali




Kebas berulang kali

10 Nov 2014 : Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.

Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.

Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.

"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk.

PROGRAM CUTI SEKOLAH


20140822

SIRI JELAJAH PRIHATIN UMMAH, SELAMATKAN GAZA

SIRI JELAJAH PRIHATIN UMMAH, SELAMATKAN GAZA
Bersama : Dr Wessam Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Luar Universiti Gaza
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Tarikh : Selasa, 26 Ogos 2014
Masa : 7 mlm – 10 mlm
Semua dijemput hadir

Turut diadakan Pameran Palestin serta jualan produk berkaitan Palestin seperti mafla (selendang) dan bendera


 

20140630

RAKAN MASJID BANDAR BARU SENAWANG




Kepada ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang sila dapatkan Borang Kaji Selidik Ahli Kariah Masjid Bandar Baru Senawang di Premis Perniagaan Rakan Masjid Bandar Baru Senawang yang berikut :

1. Agensi Imtiyaz Dataran Senawang
No 122-1 Tingkat Atas
Jalan Taman Komersial Senawang 5
Tel : 06-679 2617

2. Warung Burger/Roti John ZAIROL
No 47, Jalan Alamanda 1, Taman Alamanda
Senawang
Tel : 013-6000239

Kawasan taman perumahan yang terletak di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah Kuarters Balai Polis Senawang, Taman Desa Melor, PPR Senawang, Taman Jasmin, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Kobena, Taman Anggerik, Taman Matahari Height, Taman Bandar Senawang, Taman Matahari Indah, Taman Desa Dahlia, Taman Senawang Indah, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Widuri           

20140624

Borang Kaji Selidik Ahli Kariah Masjid Bandar Baru Senawang




 Adalah dimaklumkan dalam usaha penambahbaikan pengurusan dan program di Masjid Bandar Baru Senawang pihak Jawatankuasa Bahagian Kajiselidik Masjid Bandar Baru Senawang (BKMBBS) akan menjalankan kajian maklumbalas daripada ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang.

BKMBBS mensasarkan untuk mendapatkan seramai mungkin ahli kariah untuk mengisi borang kaji selidik ini.

Borang kajiselidik yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Pejabat Masjid Bandar Baru Senawang atau diserahkan kepada Hj Jasmi, Setiausaha Masjid Bandar Baru Senawang atau Hj Rozmal (tel 012-2267406 , rozmal@yahoo.com ) Jawatankuasa Bahagian Kajiselidik sebelum 31 Julai 2014.

Pihak BKMBBS juga mengalu-alukan mana-mana premis perniagaan di sekitar Senawang untuk menjadi Rakan Masjid Bandar Baru Senawang untuk memudahkan ahli kariah mendapatkan borang kaji selidik ini.

Premis perniagaan yang menjadi Rakan Masjid Bandar Baru Senawang akan diumumkan di laman web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com serta media sosial yang lain.

Kawasan taman perumahan yang terletak di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah Kuarters Balai Polis Senawang, Taman Desa Melor, PPR Senawang, Taman Jasmin, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Kobena, Taman Anggerik, Taman Matahari Height, Taman Bandar Senawang,         Taman Matahari Indah, Taman Desa Dahlia, Taman Senawang Indah, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Widuri                            

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN




CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : 27 Jun 2014, Jumaat
Masa : 7.45 mlm, selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Dr Haji Muhammad Farid Hadhari bin Mohamed Rusdi
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir