MBBS

MBBS

20141110

Desak tidak jual arak secara terbuka




10 Nov 2014 - Berang dengan kedegilan sebuah pasar raya yang enggan memenuhi permintaan mereka, lebih 100 penduduk Salak Tinggi berhimpun di hadapan pasar raya Speedmart 99 di Taman Salak Baiduri di sini petang kelmarin mendesak agar premis itu tidak menjual arak secara terbuka.

Pasar raya yang baru beroperasi beberapa tahun itu didakwa masih menjual arak walaupun banyak kali bantahan telah dibuat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Salak Baiduri, Hishamuddin Hanafiah berkata, penduduk membantah penjualan arak secara terbuka itu memandangkan hampir 100 peratus daripada kira-kira 10,000 penduduk di kawasan itu beragama Islam.

“Kami bukan meminta mereka menutup perniagaan, sebaliknya mahu mereka jangan menjual arak dan hormat sensitiviti masyarakat Islam di sini.

“Kami bimbang penjualan arak secara berterusan di tempat kami lambat laun akan mengundang gejala sosial dan jenayah di kawasan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.