MBBS

MBBS

20091201

EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 2009



EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 2009 – EXPO PINS09

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : 13 Disember 2009 AHAD
Masa : 9 pagi - 1 tengahari

Nak hantar anak ke mana :
Tadika? Sekolah rendah? Lepas UPSR, PMR, SPM?

Pameran dan kaunter penerangan oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.

EXPO ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma.

Anjuran : Surau Taman Alamanda dengan kerjasama Masjid Baru Senawang
Maklumat lanjut hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com

TURUT DIADAKAN SEMPENA EXPO EXPO PINS09

A. PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
Ahad 13 Disember 2009
Jam 9 pagi
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Terbuka kepada semua. Yuran penyertaan PERCUMA. Tempat terhad
Kategori A umur 4 -7 tahun , Kategori B umur 8- 11 tahun
HADIAH untuk No 1 - 10 . Juga Hadiah penyertaan
Peserta dikehendakki membawa pensil/crayon warna sendiri serta lapik tempat mewarna. Hubungi Pn Masitah Ali 019-2655059

B. BENGKEL REKACIPTA ROKET AIR

Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)

Masa : 10 pg – 12 tgh

Tempat : Dewan Kuliah , Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah

PERCUMA

Tempat Terhad 10 orang sahaja

Untuk pendaftaran hubungi Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com

Peserta dikehendakki membawa 2 botol air kosong (dari jenis air berkarbonat) saiz 1.5 L atau 500 ml , gunting , pisau dan salotape.

Peserta berpeluang melancarkan roket air ciptaan mereka ke udara.



C. PERTANDINGAN KIUB RUBIK (RUBIK CUBE)
Tarikh : 13 Disember 2009 (AHAD)
Masa : 10 pagi
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Kategori Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Terhad kepada 20 peserta setiap kategori
Peserta dikehendakki membawa sendiri Kiub Rubik yang standard
HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG !
Yuran penyertaan hanya RM 1 - Tarikh tutup penyertaan 11 Disember 2009
Untuk pendaftaran hubungi Syauqi 017-2435124


KLINIK RAWATAN ALTERNATIF
Tarikh : 13 Disember 2009 (AHAD)
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang
Rawatan bekam berdasarkan sunah Nabi Muhammad saw
Terapi , refleksologi, akupunktur kiropraktik dan rawatan herba
Hubungi : Husaini 013-3598318 , Pn Rohani 017-6549624 , Sahrizal 017-2218189


Antara yang mengambil bahagian dalam pameran EXPO PINS09 ialah :
1. Kolej Teknologi Darulnaim http://www.ktd.edu.my
2. Maahad Tahfiz As-Saidiyyah http://www.saidiyyah.com/
3. Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah http://www.saidiyyah.com/
4. Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com/
5. Tadika & Taska Iman Childcare Centre http://imancc.wordpress.com/
6. Pasti Rembau http://pasti-n9.blogspot.com/
7. Persatuan Kanak-Kanak Disleksia http://www.dyslexiaseremban.com/
8. ScoreA http://www.scorea.com/
9. Azhar Media http://www.kamus-almiftah.com/
10. Agensi Imtiyaz http://agensi-imtiyaz.blogspot.com/
11. HEALTH http://bekam-sunah.blogspot.com/
12. Nutrigenius & HPA http://sdara-nutrigenius.blogspot.com/
13. Unit AMAL http://unitamaln9.blogspot.com/
14. Muslimat Rembau


OBJEKTIF EXPO PINS09

- Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi
- Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan
- Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini
- Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan

Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.

Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum 10 Disember 2009.

PENDAFTARAN PENYERTAAN
Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke rozmal@yahoo.com atau poskan ke :

Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9
Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda
Peti Surat Surau Alamanda
Jalan 1, Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

Nama Institusi :
Alamat penuh :
No tel :
No fax :
E-mel :
Laman web :
Nama untuk dihubungi :
Jawatan :
No tel :

Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 2009 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang