MBBS

MBBS

20091214

Sekitar EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan












Alhamdulillah EXPO Pendidikan Islam Negeri Sembilan telah berjalan lancar pada 13 Disember 2009 di perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan rubik cube, bengkel roket air, pameran pendidikan Islam, jualan amal dan gerai.

Pertandingan rubik cube telah menarik perhatian para pengunjung. Ianya merupakan acara yang julung kali diadakan. Kategori sekolah menengah dimenangi oleh Mohd Alif Md Yusof dengan masa 48 saat beliau telah dapat menyamakan semua warna rubik cube. Manakala kategori sekolah rendah dimenangi oleh Zaim Hamidi Roslee dengan masa 52 saat.