MBBS

MBBS

20141112

Pencuri duit masjid dipenjara tiga bulan




SHAH ALAM – Gara-gara mencuri wang tabung sebuah masjid, seorang jurudawai elektrik dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Ellyana Razali memerintahkan demikian selepas Mohammad Ridzuan Daud , 38, mengaku bersalah mencuri wang tunai RM55 di dalam sebuah tabung di Masjid al-Bakri, Bukit Naga, Seksyen 32 di sini pada pukul 11 malam, 17 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan, tertuduh yang cuba melindungi identiti dengan memakai topeng mulut telah dikesan memasuki masjid berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Mohammad Ridzuan yang menetap di Pangsapuri Limau Indah, Seksyen 32 di sini kemudiannya dilihat memasukkan sebatang besi nipis yang ditampal dengan pita pelekat ke dalam tabung masjid bagi mengambil duit di dalamnya.